Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Mari Berborak Tentang Satu Akidah...

Mase Itu Berjalan...

 

Blogger news

Pages

Blogroll

Blogger templates

Featured Posts

Wednesday, 18 January 2012

Ouch!


Dalam pertama kalinya dalam sejarah hidup gwa. (cehh.. yo2 o je),
Dalam 24 jam, dua kali gwa tercedera terkena sterika.
Yang gwa pelik, seterika tu taklah panas mana, tersentuh kulit pun 2-3 saat mcm tu je.
Kenapa gwa rasa pedih gila smpai berjam-jam?
Kenapa kulit gwa terus berparut pastu tak cantek dah? (perasan. Hee)
Gwa faham semua ni adalah akibat ketidakpekaan dan ketidakikhlasan gwa semasa menggunakan seterika tu,
Tapi gua cuma terfikir
Macam mana gwa nak tahan panas dan azab Neraka yang berlipat ganda tu?
2 saat pun gwa xsanggup kena panas.
2 jam lagilah.
2 hari? Pergh -.-
Tapi dalam neraka?

p/s : gwa rasa tenang dengar ni.


Tuesday, 10 January 2012

Sharing Is Caring..


Assalamualaikum.. Hari nie nak share satu benda yang saya dengar setiap hari.. Bila bukak PC mesti buka lagu ni.. Ada maksud yang tersirat yang mungkin saya tak paham... Lagi satu, lagu keluaran Opick jarang berkumandang dicorong radio.. Jadi meh kita dengar sesama:

Sila Rapat dan Luruskan Saf

Assalamualaikum wbt. Kali ini saya nak bicarakan satu perkara yang agak remeh. Cuba lihat gambar ini :


Oh, gambar ini ketika duduk. Mungkin ketika khutbah Jumaat mungkin. Nak lebih tepat, tengok gambar berikut :

 

Pasti kamu tahu di manakah tempat gambar ini dirakam. Ya, masjid. Sesiapa yang jawab surau pun bolehlah terima. Bagus, bagus. Ini bererti kamu pernah ke sana. Rajin ke tak rajin ke sana lain ceritalah ye. Tapi yang pasti itu tempat orang Islam menunaikan solat.

Boleh kamu kecilkan sedikit skop pada gambar tersebut? Apa objek yang terdapat dalam gambar tersebut? Ya, ya! Orang, yang semestinya Muslim. Lagi? Kopiah, serban, songkok, rambut (bukan ditujukan pada yang botak ye), lampu, kipas, spek… Ya, ya, semua itu betul. Tapi satu benda yang mahu difokuskan hari ini.

SEJADAH!

Kamu semua tahu objek tersebut kan? Kamu tahu fungsinya, bila objek tersebut digunakan. Ya, SOLAT! (Abaikan sejadah yang digunakan ketika kahwin). Perkara yang mahu ditekankan pada kali ini mudah sahaja. Bagus kalau solat berhamparkan sejadah. Kalau kat masjid tu, selalunya sesiapa yang nak solat beralaskan sejadah, kenalah datang awal, sebab sejadah selalunya hanya dibentangkan pada beberapa saf hadapan sahaja.

Cuma yang mahu ditegurnya, seperti dalam gambar di atas, apabila sudah dapat saf yang beralaskan sejadah, jangan pula dibuat seperti solat sendirian, satu sejadah tu kamu conquer sorang-sorang. Satu sejadah tu untuk kamu seorang sahaja.

Ah, siapa suruh datang lambat! Cuba kaji balik tujuan kamu datang ke masjid atau surau. Untuk solat berjemaah atau untuk tunjukkan kamu tu datang awal? Atau sekadar mahu dapatkan sejadah? Kalau jawapan kamu selain bertujuan untuk solat berjemaah, maka tidak perlu kamu susah-susah bazirkan tenaga kamu datang ke masjid atau surau. Solat sahaja di rumah. Maaf, bukan saya tidak menggalakkan untuk solat berjemaah di masjid atau surau, tetapi cuma mahu kamu betulkan kembali niat dan tujuan kamu ke masjid.

Apabila solat berjemaah, bahu hendaklah dirapatkan, kalau boleh tak ada langsung ruang antara jemaah. Ini mampu memupuk kebersatuan dan ukhuwah sesama muslim. Oleh itu, kalau dapat saf yang ada sejadah, tambah-tambah badan kamu tu kecik pula, satu sejadah boleh kongsi dua orang, maka, rapat-rapatkanlah saf. >>>Lanjut<<<
Kalau jemaah susah sangat nak rapatkan saf, maka saya nasihatkan pada AJK masjid, tak payahlah hamparkan sejadah. Tak perlu bazirkan tenaga hamparkan sejadah itu elok-elok menjadi satu garis lurus. Saya yakin karpet masjid tu cukup bersih untuk solat. Kalau tak yakin, setiap kali sebelum solat jemaah, kamu vakum ke, sapu sikit ruang solat.

Haa! Camni kan bagus!
 Kamu dapat apa yang saya mahu kongsikan hari ini?

JANGAN SEJADAH SAHAJA BERADA PADA SATU SAF YANG LURUS, TETAPI JEMAAH PUTUS-PUTUS!

Sunday, 8 January 2012

Every year berazam nk kurus ...

Haa…tiap2 tahun azam aku adalah nak kurus, tanyalah mana2 pompuan pon  sapa taknak kurus kan….sama gak dgn aku nih….nk ramping cam zaman anak dara …beli baju  xyah cuba pon..amik je saiz S …..hehehe …..
So buat  kawan2 di luar sana ….ni ada tip aku amik kt blog I luv islam….
Jom cuba nak….

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.


2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

 

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.


3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

 

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

 

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

 

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

 

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.


7. Makan malam dengan tenang.

 

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.


8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

 

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.


9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

 

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

 

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.


Selamat mencuba! ;)

Thursday, 5 January 2012

11 Jenis manusia didoakan Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

kredit: Husin, MuhammadHaris;Mr

Budi pekerti membawa kebahagiaan

Maksud firman Allah s.w.t:

"Dan sesungguhnya kamu (Nabi Muhammad s.a.w) benar-benar di atas budi pekerti yang agung". (Surah al-qalam : 4)

Begitulah pengiktirafan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi junjungan yang mulia. Maka seharusnya, kita mencedok pengajaran daripada sejarah hidup baginda serta mempratikkan akhlak yang baik. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t.

"Sesungguhnya di dalam diri Rasulullah s.a.w. contoh yang terbaik bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat". (Surah al-ahzab : 21)

Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan Saydatina Aisyah r.a. ketika menjelaskan tentang sifat baginda Rasulullah s.a.w yang sinonim dengan Al-quran.

Terdapat banyak kemuliaan budi pekerti yang dipaparkan oleh baginda dan di antaranya ialah: Memelihara hubungan sesama manusia melalui interaksi yang baik. Ini dapat dilakukan semudah dengan menebar senyuman, menghulur salam dan mengucapkan kata-kata yang baik. Lanjutan daripada itu, kita juga diajak untuk meringankan beban orang yang menderita, memberi makan orang yang kelaparan, menziarah orang yang sakit, menolong orang yang dizalimi dan membantu orang yang ditimpa musibah.

Perbuatan baik akan menghasilkan ketenangan jiwa terutama pada pelakunya. Kebaikan ibarat wangian yang tidak hanya memberi kesan yang mengharum bagi pemakainya, bahkan juga orang di sekeliling.

Di samping manfaat emosi dan sosial, Rasulullah s.a.w juga menjanjikan ganjaran, yang dinyatakan melalui maksud sebuah hadith:

"Tidakkah pernah aku memberitahu kamu siapa yang dekat tempat duduknya denganku pada hari qiamat nanti? Mereka ialah yang paling baik akhlak dan prilakunya".

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang ini agar menjadi umat baginda saw yang sentiasa menghias diri dengan akhlak terpuji.

Ingatlah bahawa naluri gemar berbuat baik merupakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga dianggap sebagai suatu bentuk penyebaran nilai-nilai mulia yang menggambarkan risalah Rasulullah s.a.w.

Semoga Allah s.w.t memberi kita kemudahan untuk konsisten dalam kebaikan.

Wednesday, 4 January 2012

Kesan Dosa

Manusia tidak sempurna.
Namun, ketidaksempurnaan BUKAN alasan untuk manusia melakukan dosa.
Aduhai sahabat, siapakah yang tidak pernah melakukan dosa?
Usah berduka, kerana Tuhan-Mu telah mengkhabarkan,

Dia amat mencintai hamba-Nya yang berbuat dosa dan bertaubat dengan sebenar-benarnya.

Dia yang menciptakan jiwa ini, bukankah Dia juga yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya?



Kesan-kesan Dosa :

1. Mengundang bala bencana kepada kehidupan manusia.
2. Terhindar daripada memperolehi ilmu
3. Melahirkan sifat-sifat keji
4. Membawa kepada dosa-dosa seterusnya
5. Menghilangkan sifat malu (yang positif) dalam diri
6. Menghapuskan sifat ihsan (keinginan untuk berbuat baik)

Kita yakin pada Al-Hakim yang Maha Mengetahui hikmah ketentuannya.
Dosa, tidak sekali-kali membawa manfaat, melainkan noda.
Ayuh, kita bermujahadah hindari dosa!

Pilihlah..
Untuk bermujahadah, atau menghisap dadah.
Hee. :D
p/s : dadah tak sedap langsung. Mujahadah pula pahit, kerana syurga itu manis :)

Awak!!!

Awak ....

Sejak pertama kali kita berjumpa saya tertarik pada perwatakan awak....kita terlalu gembira sbb kita berbincang byk perkara , mcm2 yg kita bualkan smpi kita tidak sedar terlalu cpt masa berlalu ...Saya x pasti apa perasaan saya pada awak ....yg pasti saya sng bila saya bersama awak , tp itu cuma perasaan suka  dan bkn bermaksud saya dh jatuh cinta kt awak.....

Awak ,

sebenarnya saya tak suka bila saya berperasaan begini , saya jd takut dgn bayang2 saya sendiri , saya takut kita akan jatuh cinta sbb saya rasa bkn itu yg saya mahukan dlm perhubungan ini ...Hati saya blm bersedia lg menerima cinta dari sesiapa lg.....Saya taknak antara kita ada hati yg terluka....

Awak,

saya tahu setiap pertemuan dan juga perpisahan suma Allah yg rencanakan , saya gembira bila dipertemukan dgn awak ...awak seorang yg baik, kelakar  walaupon kdg2 awak mcm baran skit....awak tahu saya bersyukur sgt dipertemukan dgn awak ....

Awak ,

Andai 1 hari kita tidak ditakdirkan untuk tidak bersama walaupon sbg kwn , saya nak awak tahu yg saya betul2 menghargai kehadiran awak dlm hidup saya walaupon sekejap cuma.....Andai kata ada perselisihan faham antara kita , jgnlah kita bermusuh dan saya akan doakan suma yg terbaik utk awak..

Awak ,

Andai kata awak dh ketemu jodoh biarlah awak sudah bersedia membimbing seorang wanita ke jalan Allah .Saya akan doakan awak bertemu jodoh yg baik suatu hari nanti.

Awak ,

Kalau awak terbaca post ini , saya nak awak tahu ...sbnrnya saya dah suka n sayang kt awak tp hanyalah suka sebagai kawan....Utk lebih jauh dari itu saya rasa hati saya benar2 blm bersedia kerana saya blm lg dpt tunaikan 2 impian saya yg sangat besar dlm hidup saya .....

Awak ,

Setiap apa perkara yang kita buat di dunia ini , awak mesti igt ...Hanya Allah di sisi kita , Saya harap sgt awak boleh berubah dan tidak lupa menunaikan segala suruhan Allah bila tiba waktunya .....Saya begitu berharap awak akan berubah bkn demi sesiapa tp demi Allah S.W.T .Siapalah saya utk menghukum seseorang ...Hanya Allah yg boleh menilai baik buruknya setiap manusia itu ....

Awak ,

Semoga awak mendapat cahaya dan hidayah daripada Allah S.W.T ...saya doakan semua ini buat awak dan segala2nya yg baik utk awak.......

Awak ,

Maafkan saya awak jika saya menguris hati awak .....Yg baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu datangnya dari kita sendiri ......Semoga awak berbahagia ......

SAYA SAYANG AWAK ....

p/s : Jalan ceta ini takde kena mengena dgn sesiapa ....kalau ada yg terkena itu mgkn kebtlan je kot....hahahahaha...best tak jln ceta pendek yg direka ini .....bkn tiru dari sesiapa taww....rasa mcm nk buat novel la lak ...semakin berkobar lak idea dtg sejak akhir2 nih ....

Copy at Pitworkgirl

Monday, 2 January 2012

Cak!

Bismillah, first post by Nur.
Thanks Mr. Blog Creater!

So, what's this blog for?
I dunno, but I guess it'll revolve around 'reminder for ourselves' actually.
Something good for my soul ought to be shared wif others , isn't it?

Yeah, lepak babe! Nak santai je, no skema2. Rileks2 je, tapi 'due date' pun dah tak lama lagi, mujahidin Islam, jom kita bangun!
Bila kita mati?
Kalau Nur, Nur jawab 'tak tahu'
Korang? hee.

Saya tak baik, tapi Tuhan saya perintahkan kita semua berusaha jadi baek.

Sharing is caring, caring is loving,
Loving is.. ?
So.. kite sharing2 ye?

Nah pantun dua kerat-

Kalau salah sila tegurkan,
Jangan berbalah, kitakan kawan? (kalau bukan pun apa salahnya, hee)

Peace :D