Assalamualaikum wbt. Kali ini saya nak bicarakan satu perkara yang agak remeh. Cuba lihat gambar ini :
Oh, gambar ini ketika duduk. Mungkin ketika khutbah Jumaat mungkin. Nak lebih tepat, tengok gambar berikut :
Oh, gambar ini ketika duduk. Mungkin ketika khutbah Jumaat mungkin. Nak lebih tepat, tengok gambar berikut :
Boleh
kamu kecilkan sedikit skop pada gambar tersebut? Apa objek yang
terdapat dalam gambar tersebut? Ya, ya! Orang, yang semestinya Muslim.
Lagi? Kopiah, serban, songkok, rambut (bukan ditujukan pada yang botak
ye), lampu, kipas, spek… Ya, ya, semua itu betul. Tapi satu benda yang
mahu difokuskan hari ini.
SEJADAH!
Kamu
semua tahu objek tersebut kan? Kamu tahu fungsinya, bila objek tersebut
digunakan. Ya, SOLAT! (Abaikan sejadah yang digunakan ketika kahwin).
Perkara yang mahu ditekankan pada kali ini mudah sahaja. Bagus kalau
solat berhamparkan sejadah. Kalau kat masjid tu, selalunya sesiapa yang
nak solat beralaskan sejadah, kenalah datang awal, sebab sejadah
selalunya hanya dibentangkan pada beberapa saf hadapan sahaja.
Cuma
yang mahu ditegurnya, seperti dalam gambar di atas, apabila sudah dapat
saf yang beralaskan sejadah, jangan pula dibuat seperti solat
sendirian, satu sejadah tu kamu conquer sorang-sorang. Satu sejadah tu
untuk kamu seorang sahaja.
Ah,
siapa suruh datang lambat! Cuba kaji balik tujuan kamu datang ke masjid
atau surau. Untuk solat berjemaah atau untuk tunjukkan kamu tu datang
awal? Atau sekadar mahu dapatkan sejadah? Kalau jawapan kamu selain
bertujuan untuk solat berjemaah, maka tidak perlu kamu susah-susah
bazirkan tenaga kamu datang ke masjid atau surau. Solat sahaja di rumah.
Maaf, bukan saya tidak menggalakkan untuk solat berjemaah di masjid
atau surau, tetapi cuma mahu kamu betulkan kembali niat dan tujuan kamu
ke masjid.
Apabila
solat berjemaah, bahu hendaklah dirapatkan, kalau boleh tak ada
langsung ruang antara jemaah. Ini mampu memupuk kebersatuan dan ukhuwah
sesama muslim. Oleh itu, kalau dapat saf yang ada sejadah, tambah-tambah
badan kamu tu kecik pula, satu sejadah boleh kongsi dua orang, maka,
rapat-rapatkanlah saf. >>>Lanjut<<<
Kalau
jemaah susah sangat nak rapatkan saf, maka saya nasihatkan pada AJK
masjid, tak payahlah hamparkan sejadah. Tak perlu bazirkan tenaga
hamparkan sejadah itu elok-elok menjadi satu garis lurus. Saya yakin
karpet masjid tu cukup bersih untuk solat. Kalau tak yakin, setiap kali
sebelum solat jemaah, kamu vakum ke, sapu sikit ruang solat.
| Haa! Camni kan bagus! |
JANGAN SEJADAH SAHAJA BERADA PADA SATU SAF YANG LURUS, TETAPI JEMAAH PUTUS-PUTUS!





0 comments:
Post a Comment