Namun, ketidaksempurnaan BUKAN alasan untuk manusia melakukan dosa.
Aduhai sahabat, siapakah yang tidak pernah melakukan dosa?
Usah berduka, kerana Tuhan-Mu telah mengkhabarkan,
Dia amat mencintai hamba-Nya yang berbuat dosa dan bertaubat dengan sebenar-benarnya.
Dia yang menciptakan jiwa ini, bukankah Dia juga yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya?

Kesan-kesan Dosa :
1. Mengundang bala bencana kepada kehidupan manusia.
2. Terhindar daripada memperolehi ilmu
3. Melahirkan sifat-sifat keji
4. Membawa kepada dosa-dosa seterusnya
5. Menghilangkan sifat malu (yang positif) dalam diri
6. Menghapuskan sifat ihsan (keinginan untuk berbuat baik)
Kita yakin pada Al-Hakim yang Maha Mengetahui hikmah ketentuannya.
Dosa, tidak sekali-kali membawa manfaat, melainkan noda.
Ayuh, kita bermujahadah hindari dosa!
Pilihlah..
Untuk bermujahadah, atau menghisap dadah.
Hee. :D
p/s : dadah tak sedap langsung. Mujahadah pula pahit, kerana syurga itu manis :)




0 comments:
Post a Comment