Haa…tiap2 tahun azam aku adalah nak kurus, tanyalah mana2 pompuan pon sapa taknak kurus kan….sama gak dgn aku nih….nk ramping cam zaman anak dara …beli baju xyah cuba pon..amik je saiz S …..hehehe …..
So buat kawan2 di luar sana ….ni ada tip aku amik kt blog I luv islam….
Jom cuba nak….
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan,
anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba
timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan
sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat
bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya
membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.
2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan
target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di
tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti
sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah
semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain
seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau
‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang
target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda
terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika
anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat
monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis
makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan
tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari
tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini,
anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.
4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka
yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah
berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga
disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus
buah-buahan segar.
5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan
sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya
membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa
sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar
gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada
orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan
tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka
ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek
yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek
tersebut.
7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan
makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang
makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan
cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati
makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan
makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa
membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan
tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda
makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu
makan di meja study anda.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila
anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut
yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak.
Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing
gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di
tengah-tengah malam.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk
mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan
masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap
hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan
rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan
aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)




0 comments:
Post a Comment